WaRdeen Af6 BuAt RaMaI AdiK2 AnGaU
KL, 2 APRIL 2008: Selain seronok memerhati gelagat pelajar Akademi Fantasia 6 (AF6) khususnya dalam laporan diari harian oleh Sarimah Ibrahim (Kak Mah), Murai Batu dah lama perasan, ramai penonton suka melihat wajah dua pengawal residen (warden) yang kacak dan cantik tu (gambar atas).Haa, yang lelaki tu namanya timangannya, Syafieq dan perempuan pula, Mariam. Ramai tahu, tugas kedua-dua warden yang semakin popular itu antara lain adalah untuk menjaga kebajikan barisan pelajar yang tinggal dalam akademi itu sepanjang 3 bulan ini. Kiranya mereka macam saudara tempat mengadu nasib.
Minat kepada mereka berdua memang jelas, hingga anak buah Murai Batu di rumah pun selalu bertanya, "Siapa warden lelaki tu, handsomelah. Kakak yang lagi sorang lagi tu pun cantik juga..."OKlah, buat tatapan korang, Murai Batu menyiarkan di sini wajah Syafieq, bekas graduan Universiti Multimedia, bersama Mariam yang diambil, baru-baru ini. Sebenarnya Murai Batu ada perancangan nak jumpa dia orang berdua dan ambil foto banyak-banyak, tapi belum ada kesempatan lagi sebab terlalu sibuk terbang ke sana ke mari.Apa yang Murai Batu difahamkan, Syafieq atau nama sebenarnya, Mohd Shafieq Isam, 25, pernah jadi model. Tapi dia jadi model pun secara kebetulan saja. Soal dia masih single atau dah ada kekasih, itu kenalah dikorek lagi. Tapi yang pasti, ramai adik-adik khabarnya mula tergoda dengan Si Syafieq tu. Hmm, biasalah tu, tajam betul mata korang semua yek!Tapi, yang Murai Batu nak cerita di sini bukanlah pasal Syafiq sangat, sebaliknya Si Mariam. Sumber berkata, dia ni rupanya bekas kekasih Johan Raja Lawak musim pertama tu. Jeng, jeng, jeng... khabarnya mereka berdua berkenalan rapat selepas Johan menyertai program realiti tersebut. Macam mana drama pertemuan pertama mereka tak pastilah tapi yang pasti, kawan Murai Batu cakap, mereka dulu selalu keluar dating dan kadang-kadang melepak berkaraoke.
Apabila kawan Murai Batu terserempak semula dengan Mariam, dia terperanjatlah sebab tak sangka Mariam dah dilantik menjadi warden untuk pelajar-pelajar wanita AF6 tu.
Bila ditanya tentang Johan, Mariam tidak pula cakap banyak, sekadar memberitahu yang antara dia dan Johan sudah tiada apa-apa lagi. Kesiannya... nanti Murai Batu siasat lagi tentang Mariam dan Syafieq tu ye!
AF kali ni aku rase kan cam ade kekurangan la..tapi takthu katne...pelajar2 pon tak bape happening cam tahun lepas..pape pon aku ttp minat af..tambah2 nadia..suara dia power..saida..ok la tu..manje2 je hehe..lembut je...mama rina..emm kdg2 tu ok la..suare die yg konsert ke 2 ritu power gler tu..dh la lgu metallica..dasyat tul..jnji dorang wat yg terbaik...stanly tu ok la..ops..lupe la STACY power sgt2..i like her voice..lau nak thu perkembangan terkini dorang atau gosip2 g la kat laman ni..http://www.murai.com.my/ byk gosip tau hhe best gak kekadang tu bace ggosip artis2...
Dua Tersingkir Di Minggu Ketiga

Pada konsert yang kebanyakan peserta menunjukkan keupayaan maksima, penonton bagaikan bijak menggerak jari menjadi juri meletakkan dua pelajar Lufya dan Naim di kedudukan terbawah pada penghujung Konsert Ketiga Akademi Fantasia 6.
Lufya yang menyanyikan lagu Tika Dan Saat Ini (Medicine) dan Naim, Opera Hidup (Wings) gagal meraih undian penonton malam ini. Ini bermakna Lufya dan Naim terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia musim ini
Kini, tinggal 10 pelajar yang akan meneruskan pengajian di Akademi Fantasia. Mereka adalah Stacy, Stanly, Alif, Nubhan, Nadia, Saida, Riz, Rina, Toi dan Faisal.
AF6: Faisal Akhirnya Tercampak! di Konsert Minggu Ke-4

PETALING JAYA, 12 April 2008: Persembahan yang sentiasa tidak konsisten membuatkan Faisal menjadi pelajar kelima yang tersingkir dalam konsert minggu keempat Akademi Fantasia 6 (AF6). Keputusan itu diumumkan pada penghujung konsert tersebut yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.Dalam konsert itu Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdullah, 21, membawakan lagu Joget Bunga Melati yang pernah dipopularkan penyanyi 70-an, Halil Chik. Beliau berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan pelajar dan penyanyi nasyid sambilan. Dengan penyingkiran itu, bermaka 9 pelajar lain akan meneruskan perjuangan mereka pada minggu depan. Sebelum ini Yana, Ika, Lufya a dan Naim terlebih dulu meninggalkan akademi itu selepas mendapat undian terendah bagi minggu pertama, kedua dan ketiga. Jangan Tak Lihat Pelajar lain yang turut beraksi adalah Nubhan (Cinta Hampa/ D'Llyod), Stanly (Kasih Tercipta/ Faizal Tahir), Nadia (Mengapa Di Rindu/ Saloma), Stacy (Cinta Terlarang), Mama Rina (Terbang Helang/ Datuk Sharifah Aini), Riz (Marabahaya/ Pop Shuvit), Aliff (Menghapus Jejakmu/ Peterpan), Toi (Laukku Cukup Masin/ Spider), Saida (Hati Kama/ Datuk Siti Nurhaliza & Noraniza Idris) dan Stancy (Cinta Khayalan). Jika minggu lalu, Mama Rina menjadi tumpuan dan perhatian berdasarkan persembahannya yang hebat dan memukau menerusi lagu Enter Sandman daripada Metallica, minggu pula ia menjadi milik Nadia. Sebelum ini, Nadia pernah memanaskan auditorium MBPJ pada minggu pertama apabila beraksi dengan cukup baik sekali menerusi lagu yang dipopularkan Hetty Koes Endang berjudul Rindu.Selain Naida, pelajar lain yang turut menerima pujian pada konsert minggu keempat ini ialah Riz dan Nubhan, manakala pelajar yang teruk dikritik ialah Faisal dan Aliff yang sebelum ini dipertanggungjawab membawakan lagu Come Out And Play daripada Offspring tetapi kemudian meminta untuk menukar lagu pada saat-saat terakhir. Konsert yang julung kali dihoskan AC Mizal pada musim ini masih mengekalkan Ogy atau Fauziah Ahmad Daud dan Ning Baizura sebagai pengkritik tetap, manakala Adlin Aman Ramlie pula bertindak sebagai juri undangan.